Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tidak pernah campur tangan dalam prosiding mahkamah melibatkan kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Dr Mahathir mengakui meluluskan pelantikan hakim ketika pentadbiran Pakatan Harapan, kerana ia sebahagian tugasnya sebagai Perdana Menteri ketika itu dan tidak mengubah sebarang cadangan nama yang dikemukakan kepada beliau.
Begitu pun, sepanjang empat tahun kes SRC International dibicara, kata Dr Mahathir, Najib gagal membuktikan dirinya tidak bersalah.